Isnin, 18 Oktober 2010

wanita-wanita mukminat LEBIH cantik DARI bidadari syurga

secantik apa pun para bidadari ini, namun wanita-wanita mukminat jauh lebih cantik daripada mereka... hmm terpikir sejenak,, betul tak?
rase betul lah.. ape yang terdapat dalam al-quran dan hadis,sumua adalah BENAR.. so jan ragu :)


orang yang membasuh mukanya setiap hari dengan wudhuk, bagi melaksanakan solat dan taat akan suaminya demi mencapai keredhaan ALLAh s.w.t
berkenaan dengan perkara ini, ALLAH s.w.t berfirman yang bermaksud : `` sesungguhnya kami menciptakan mereka dengan penciptaan baru. dan kami kembali menjadikan mereka GADIS_GADIS perawan" (surah al-waqiah 56: 35-36)

menurut beberapa orang ahli tafsir, antara lain Abu al-Hasan al-Mawardi,ayat ini dibicara tentang wanita-wanita mukminat didunia. Allah mengembalikan mereka menjadi gadis-gadis muda meskinpun  sebelumnya telah menjadi nenek yang tua dan lemah. mereka akan dibangkitkan kembali sebagai wanita-wanita yang sangat cantik lalu dipersatukan lagi dengan suami2 mereka didunia.

berkaitan dengan ini,ade satu kisah UMMU al-DARDA` (nama asalnya Hujaimah al-Himyariah). beliau ialah isteri Abu al-DArda, seorang sahabat nabi s.a.w yang hidup di syam. meskipun jarak usia mereka agak jauh, dimana Abu al-DArda` lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.'

suatu hari Ummu al-Darda` berdoa dihadapan suaminya, `` ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda` meminang ku didunia, lalu aku menikahinya. maka sekarang aku meminangya kepada-MU untuk menjadi suami ku di syurga."

mendengar ucapan ini, Abu al-Darda` berkata,"jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia."

Ummu al-Darda` ini seorang wanita yang canti dan cerdas. maka setelah Abu al-Darda` wafat, khalifah Mu`awiyah bin Abi Sufyan datang untuk meminangnya. namun isteri yang setia dengan cinta pertamanya ini menolak pinangan tersebut.

saya pun nak jadi seperti itu, Insyaallah,,
coretan dari buku majalah solusi,
akhir kalam, wallahu`alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan