Isnin, 15 November 2010

kenapa???

Manusia hilang hormat kepada manusia,
Manusia memutuskan tali persaudaraan hanya kerana martabat,
Manusia hilang pedoman kerana harta dan nafsu,
Manusia hilang segala2nya kerana benda yang dikatakan manfaat baginya
Tetapi malangnya,itu semua hanya membinasakan dirinya…
     Cewahh,,bermadah pujanggalah pulak,, tetapi inilah reality hidup…

Ada manusia gembira, kerana mendapat berita gembira,
Ada manusia sedih, kerana mendapat berita sedih,

Aiiii, melaluk aku ni,, disebalik kata-kata ade terselit perasaan kecewa dgn sikap manusia (tidak sume), kerana tidak sama pangkat dan darjat,dipulau sejauh-jauhnya walaupun itu adalah darah dagingnya sendiri, penat melahirkan dengan bertarungkan nyawa tetapi mudah membuangnya hanya kerana sekelumit permasalahan.

Hilang hormat kerana kesilapan diri mereka sendiri,walaupun asalnya diri mereka di sanjung kerana ketinggian darjat,akhirnya musnah dek kesilapan sendiri.

Anak perlu dikahwinkan dengan sama darjat, walaupun anak tidak bersetuju dgn pilihan mak ayahnye,,tetapi bukan semua pendapat anak mereka mahu mendegarnya,hanye mendengar di telinga kanan tetapi keluar telinga kiri, mungkin tidak salah memaksa jika ia baik untuk anaknya didunia dan akhirat,tetapi jika kesilapan ibu dan ayah memilih jodoh mereka hanya kerana  pangkat dan darjat tetapi bukan kerana agama, anaknya yang menjadi mangsa!!!,,hidup mereka penuh kesiksaan,penuh duka dan    ……….  Ibu bapa mereka lebih suka  anak mereka tersiksa batin dan fizikal, janji darjat mereka tidak tercemar dgn yang tidak setaraf.
(tidakkah mereka kesian dgn hidup anaknya yang tidak bahagia hanya kerana lebih memilihkan darjat, sanggup mereka membenci anaknya sampaikan putus hubungan anak beranak hanya kerana  anak lebih memilih agama bukan darjat)..

Sedangkan mereka tahu, hidup didunia hanya semantara  yang kekal abadi adalah hidup di akhirat, tidakkah mereka sedar perkara itu, tidak kah??!!.. mana nilai kemanusian mereka,hingga sanggup melihat anak diseksa hanyak kerana anak memilih agama bukan pangkat dan darjat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan