Rabu, 9 Mei 2012

hayati...

sudah lama jari ini tidak mengukir kata-2..
cewah.. siap bermadah-madah lagi..hihihi
al-maklumlah, duk khusyuk bace buku..

cerita sejarah kehidupan 4 mazhab.
yelah.. kite ni pandai amal je..
tapi dok tahu sejarah kehidupan mazhab-mazhab kite..

best je bace. mudah paham pulak tu..
tu saya suka keluaran PTS.
tulisanya jelas, malah mudah di fahami..
walaupun ia telah di coret dgn cara novel.
alhamdulillah, ku dapat pahami setiap kata-kata yang hendak di sampai.
dan mudah nak ingat nak cerita kat orang kisah-kisah mereka..

apabila bace dan menghayati kisah mereka..
sungguh sayu hati ini, mengenangkan nasib mereka yang begitu payah
dalam menyebarkan agama islam yang benar pada mereka yang yang zalim dan suka menentang ulama-ulama terbilang. hingga di pukul tanpa rasa belas kasihan.




iman abu hanifah adalah ulamak yang tegas akan pendiriannya..
sesuatu keputusan yang dibuatnya tidak pernah berganjak, walaupun dia akan diksiksa oleh khalifah al-mansur.
beliau lebih rela dipukul di tangan manusia daripada dipukul oleh Allah di akhirat kelak.

imam malik pula lembut dengan pemerintah,dia lebih suka mendekati pemerintah agar dia dapat menasihati pemerintah daripada melakukan kezaliman..
beliau amat digeruni dan sayangi oleh penduduk madinah. sepanjang kehidupan beliau sempat menyiapkan buku mutawatir. selama 40 tahun bagi menyiapkan karya beliau..

berbeza pula dgn imam shafie yang begitu lembutnya sifatnya dan taat akan pada ibunya, setiap perkara yang dihajati olehnya sentiasa meminta kebenaran dan keredaan daripada ibunya terdahulu, hatta mahu bermusafir ke madinah bagi menuntut ilmu agama, beliau meminta keizinan daripada ibunya dahulu. beliau sudah mengenali al-quran sejak usianya masih kecil lagi, dengan keberkatan ibunya yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk  anaknya dan mendidik dgn cara lembut tanpa mengeluarkan kata-kata yang tidak baik untuk anaknya.
pada usia yang begitu muda beliau sudah menjadi imam di masjidil haram.

setakat itu dahulu saya ceritakan mengenai mereka..hihihi
imam yang seterusnya saya masih belum khatam lagi..hihihi
jika mahu mengetahui lebih lanjut mengenai mereka belilah buku ini...hihihihi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan